Monday, September 24, 2007

Cabaran Saya Tidak Disambut...

Kita semua telah maklum akan wujudnya kabinet baru di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan nama saya tercicir. Jawatan yang saya harap-harapkan, Setiausaha-Agung FAM menjadi milik Lt-Jen Datuk Azzuddin, bekas Pengarah Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia.

Menerusi ruangan ini saya zahirkan hasrat saya akan tetapi hajat itu tidak kesampaian. Tidak mengapalah kerana saya percaya KDYMM Sultan Pahang lebih mengetahui apa yang baik untuk FAM.

Daulat Tuanku! Teruskan perjuangan ini dan kami para peminat akan terus bersama-sama Tuanku hingga ke akhirnya.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Jen Azzudin di atas kepercayaan yang diberikan dan adalah diharapkan agar Bolasepak Malaysia akan bangkit, bangun dan terjaga daripada lena yang panjang dan bernafas semula di bawah kendalian kabinet baru FAM.

Ini mungkin bermaksud khidmat saya tidak diperlukan. Ataupun KDYMM Sultan Pahang lebih selesa berkerja dengan Setiausaha-Agung yang berumur lebih 60 tahun. Apapun seketika itu saya amat berharap diberikan peluang dan kepercayaan untuk menyertai FAM untuk bersama-sama memulihkan Bolasepak Malaysia yang telah haru biru dan cacamarba di bawah teraju lama.

Ini adalah kerana sebagai peminat Bolasepak Malaysia saya yakin dan percaya bahawa saya mempunyai kebolehan untuk membantu KDYMM Sultan Pahang selaku Presiden FAM untuk berbuat sesuatu bagi sukan ini, kerana "saya tahu apa hendak dibuat dan bagaimana hendak dibuatnya".

Namun, ianya bukan rezeki saya, noktah.

Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sdra Khairy Jamaluddin sebagai Timbalan Presiden FAM yang baru. Belum terlambat untuk saya berbuat demikian.

Kepada Sdra saya harapkan agar Bolasepak Malaysia hidup semula kerana Sdra telah buktikan kepada semua bahawa "Sdra mempunyai apa yang diperlukan untuk Bolasepak Malaysia" menerusi Projek MYTeam yang kini sudah masuk musim kedua. Pilihan Sdra sebagai antara teraju FAM adlah satu-satunya keputusan bijak para perwakilan.

Saya? Akan tetap mengikuti perkembangan Boalsepak Malaysia yang sangat-sangat saya sayangi dan bersedia untuk membantu sekiranya suatu hari nanti akan datang kepada saya kepercayaan dan amanah untuk bersama-sama mereka di FAM, Insyallah!

4 comments:

Knights Templar said...

Dengar lah Kawan sebuah cerita
Al- kisah pasal BOLASEPAK kita,
Semua yang ada nak naik taktha
Termasuk juga kawan baik kita,

Kesana kesini melobikan kita
Supaya kita percayakan si dia,
Tapi I kan dah kenal you lama
Sakit dan Pahit sama kita derita

Yang I cakap ni bukan lah cerita
Pengalaman you tak kan sia sia ,
Lambat laun ada yang buka mata
Cabaran saudara akan di terima

Kat Jordan kan you bisikan kat saya
Betapa Teroknya level Bolasepak kita
Give me the chance I can do it Brother !
Bring back the Glory of a Bygone Era…

Now Azzuddin is the Sec Gen Brother
I know him too ,a well trained Soldier,
Tak pe lah bang, Kan you selalu kata
Kalau dah Rezeki , Ia tak kan ke mana.

Zukri Valenteno said...

Mr Raj,

Its ok, Bro. My time will come.

Yeah, we did talked about it in Jordan sometime in 2003 when both of us were in that Joint Media Team Malaysia (JMTM) Tour of Duty.

Contrary to the notion, i did not lobby for any post. I just handed by credentials and an idea on how to revitalise our Bolasepak Malaysia to Tuanku Sultan Pahang and waited.

However i waited in vain as it did not get any notice that i had wanted to be in reckoning.

But like u said Bro, our time will come.

Cheers!

zam_changloon said...

Khairi Jamaludin antara nama yang makin meniti di bibir para peminat bolasepak Malaysia. Kesungguhannya dalam usaha menaikkan kembali imej & maruah bolasepak amatlah dikagumi. Namun seandainya pengaruh politiknya turut sama disalahguna dalam mencapai objektif & perancangannya amatlah mendukacitakan. Harapnya KJ tak sedemikian... Bolasepak satu industri. Kita kini di era profesional. Kontrak diibarat satu janji yang termeterai bak ikatan perkahwinan suami isteri. Andai kontrak yang termaktub diabaikan menggunakan pengaruh politik seolah tiada nilainya satu ikatan kontrak. Moga kes yang berlaku kepada zairul fitri yg dipanggil kembali Anuar Musa ke Kelantan & Bunyamin Omar yang dikatakan dipikat MyTeam w'pun kedua masih punya kontrak menjadi iktibar setelah pelepasan Fauzi Nan & Liew Kit Kong tanpa pengetahuan coach & Pengurus tak dijadikan teladan.

rult said...

see my blog at http://blogsekkito.blogspot.com/